English
  Utama
  Bagaimana untuk memohon
  Maklumat Visa
  Senarai Dokumen
  Menjadualkan Temujanji
  Yuran Visa Masa Pemprosesan
  Panduan untuk Masa Pemprosesan
  Mengesan Permohonan
  Perkhidmatan Tambahan
  Khidmat Pelanggan & Maklum Balas
  Soalan Yang Sering Ditanya
  Rayuan
  Hubungi Kami
   
   
 

  • RAYUAN

    1. Permohonan saya telah ditolak. Bagaiman saya merayu ke atas keputusan pegawai?

      Jika aplikasi anda sudah ditolak dan dibenarkan melakukan rayuan maka anda perlu menghantar kepada Pesuruhjaya Tinggi British dengan lengkap bersama 'Notice of appeal Form AIT-2 (NOA) (dimana borang ini terdapat bersama 'Notice of Refusal (NOR) selama 28 hari daripada tarikh penolakan. Jika aplikasi anda tidak memenuhi kelayakan rayuan maka anda masih lagi berhak untuk mengemukakan rayuan di atas hak-hak kemanusiaan atau hak perhubungan kaum. Notis penolakan anda akan beritahu bagaimana untuk mengemukakan rayuan tersebut

    2. Adakah saya perlu menyertakan salinan tambahan ?

      Anda perlu menghantar salinan asli NOA, dokumen asli atau pengesahan benar ke atas SEMUA dokumen-dokumen yang hendak dihantar bersama (2) salinan borang NOA dan semua lampiran dokumen, kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur ATAU pengahanataran secara terus kepada 'Asylum and Immigration Tribunal (AIT) di UK. Sila rujuk alamatnya di belakang borang NOR dan NOA

    3. Berapakah lama proses rayuan mengambil masa?

      Jika anda telah mengemukakan rayuan kepada Pesuruhjaya Tinggi , Pegawai dan Pengurus Pelepasan Kemasukan akan menelitinya selama sebulan. Jika anda tidak mendapat sebarang maklumat daripada pihak Pesuruhjaya Tinggi selama sebulan, maka keputusannya ditangguh dan dirujuk kembali terhadap rayuan anda kepada pihak AIT untuk membuat keputusan. Pihak Pesuruhjaya Tinggi akan memberi notis pemberitahuan kepada anda mengenai kes ini. Proses pertimbangan daripada pihak AIT akan mngambil masa di Antara 6 bulan atau 12 bulan.Pihak Pesuruhjaya Tinggi British tidak dapat mempercepatkan proses ini. Apabila pihak AIT telah membuat keputusan, pihak mereka akan menghubungi anda atau wakil anda melalui pos.

    4. Apakah saya dibenarkan tidak menunggu keputusan AIT? Bolehkah saya memohon semula?

      Jika anda mahu memohon semula untuk kategori visa yang sama, anda mestilah menarik balik permohonan rayuan anda dengan mengemukakan surat penarikan balik permohonan rayuan dan borang penarikan balik permohonan rayuan (APP9), dimana anda boleh mengambil di Pusat Permohonan UK visa.

    5. Bagaimana saya ingin menyemak akan kedudukan rayuan saya dalam tempoh ini?

      Sila jangan menghubungi kami sehingga tempoh sebulan semasa proses rayuan dilakukan. Tetapi, jika anda tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada Pihak Pesuruhjaya Tinggi, anda dibenarkan bertanya mengenai status anda melalui email VisaAppeals.KualaLumpur@fco.gov.uk, dengan menulis nombor pos rujukan (tertulis di atas notis penolakan), nama penuh anda, tarikh lahir dan nombor paspot anda. Untuk bertanyakan mengenai kedudukan status rayuan yang telah dihantar ke AIT anda hendaklah menghubungi mereka melalui faks: +441509221699 atau, dengan menggunakan maklumat surat dan nombor rujukan yang telah ditetapkan kepada anda.

    6. Bagaiamana saya akan diberitahu mengenai proses rayuan saya telah berjaya?

      Pihak AIT akan membuat keputusan dan memberitahu anda melalui pos. Jika ia berjaya, pihak Pesuruhjaya Tinggi akan menghubungi anda secara terus dengan mengemukakan paspot dan dokumen-dokumen lain untuk maklumat lanjut


  • Peninjauan semula administratif (Administrative review)

    Jika anda ingin mengemukakan pandangan anda untuk peninjauan semula administratif (pemohon utama sahaja), anda harus hantarkannya terus ke:-

    Visa Services
    British High Commission
    185 Jalan Ampang
    50450 Kuala Lumpur


    Sila pastikan perkara berikut telah dilakukan sebelum menyerahkan permohonan peninjauan semula ke Kedutaan British:

    1. Semua bahagian yang berkaitan telah dilengkapkan.
    2. Bahagian ketiga di boring itu telah ditandatangani anda atau penjaga sah anda dan ianya bertarikh.


    Penting!


    Anda harus serahkan:

    • Anda tidak boleh serahkan sebarang maklumat/ dokumen yang baru atau lanjutannya sebagai sokongan permintaan peninjauan semula anda, kecuali:
    • Permohonan anda telah ditolak atas sebab-sebab yang termaktub di bawah perenggan 320 (7a) atau 320 (7b).
    • Salinan fotokopi tidak diperlukan.
    • Tidak lewat 28 hari dari tarikh anda diberikan notis keputusan imigrasi


    Dokumen yang tidak berbahasa Inggeris harus disertakan dengan terjemahan bahasa Inggerisnya.

© Salinan 2008. Hak cipta terpelihara. Penyataan