|
|
| Penafian : Diterjemahkan
teks adalah disediakan untuk tujuan penerangan hanya.
Maklumat terkini tersedia ada pada laman web UK
Border Agency. Jika berlaku apa-apa perselisihan,
versi bahasa Inggeris laman web UK
Border Agency menolak penterjemahan maklumat disediakan
tentang halaman ini. |
|
- Bagaimana untuk memohon?
Terdapat 9 langkah asas untuk melengkapkan proses permohonan visa.
Langkah 1 - Periksa jika anda perlukan visa?
Gunakan soal-selidik 'Do
I need a visa?' di laman web perkhidmatan visa UK Border Agency
untuk lihat sama ada anda perlukan visa. Jika anda perlukan visa,
anda harus ikut langkah-langkah di bawah. Pemohon visa UK diingatkan
untuk tidak membuat perancangan perjalanan sehingga mendapat visa.
| |
Jika anda adalah pemegang passpot Malaysia yang
pergi ke UK kurang dari 6 bulan, anda tidak perlu memohon
visit visa melainkan anda ada masalah imigrasi sebelum ini.
Anda perlu memuaskan pegawai imigrasi apabila tiba di
UK yang anda merupakan pengunjung yang ikhlas. |
| |
Jika anda bukan warganegara Malaysia tanpa sebarang
status visa jangka panjang di Malaysia, anda harus tunggu
sehingga anda balik ke negara asal anda atau negara dimana
anda adalah permastautin biasa untuk membuat permohonan. |
| |
Jika anda ialah warganegara negara ketiga dengan visa
jangka panjang Malaysia, maka anda boleh membuat permohonan
di Kuala Lumpur. Sila ambil perhatian: Mungkin terdapat
penangguhan dalam memproses permohonan anda kerana UK Border
Agency mungkin terpaksa merujuk dokumen anda dengan negara
asal anda. |
Nota penting: Jika anda mempunyai sebarang masalah
imigrasi yang terdahulu, anda dinasihati untuk memohon visa untuk
ke UK.
Langkah 2 - Baca maklumat kategori visa anda
Sebelum anda membuat keputusan memohon untuk permohonan yang tertentu,
sila pastikan anda biasakan diri anda dengan maklumat
di kategori yang anda memohon dan Peraturan
Imigrasi.
Langkah 3 - Lengkapkan borang permohonan visa
anda
Anda harus menyerahkan permohonan visa bagi setiap individu yang
memohon visa, termasuk kanak-kanak yang ingin ke UK. Anda boleh
melengkapkan borang permohonan visa dengan salah satu cara berikut.
Walaupun permohonan Tier 4 dan tanggungannya harus melengkapkan
permohonan dalam talian.
| |
Borang permohonan visa dalam talian
Lengkapkan permohonan visa dalam talian dalam bahasa
Inggeris di www.visa4uk.fco.gov.com |
| |
| - |
Sila pastikan yang anda lengkapkan semua bahagian
dengan betul. |
| - |
Bahagian 1 dan 2 adalah penting untuk pertimbangan
permohonan anda. Maklumat di bahagian ini harus dilengkapkan
dengan tepat. |
| - |
Sila cetak semua muka surat borang permohonan visa
dan bawanya ke pusat permohonan visa. Anda harus mencetak
borang permohonan visa atas kertas yang berkualiti
dan pastikan maklumat tidak terkeluar dari margin
kertas. |
| - |
Sila pastikan kod bar tercetak di muka surat terakhir
borang permohonan visa yang dicetak dan ingat untuk
menandatanganinya. Selepas anda telah simpan dalam
komputer dan menyerahkan permohonan secara dalam talian,
anda akan menerima emel dengan nombor permohonan unik
yang bermula dengan GWF. Simpan nombor ID anda untuk
rujukan masa depan.
|
|
| |
Borang kertas permohonan visa |
| |
| - |
Muat turun borang
permohonan visa yang sesuai secara percuma dari
laman web perkhidmatan
visa UK Border Agency. |
| - |
- Lengkapkan borang permohonan dalam bahasa Inggeris
menggunakan pen hitam atau biru dan tandatanganinya.
Pastikan anda lengkapkan semua bahagian dengan betul.
Jika anda menbuat kesilapan semasa melengkapkan mana-mana
bahagian, anda perlu membetulkannya di borang itu
dan menandatangani bersebelahannya. |
|
Langkah 4 - Sediakan dokumen
Anda perlu memberikan dokumen asal dengan satu salinan
bagi setiap dokumen asal yang anda serahkan. Kegagalan untuk menyerahkan
dokumen asal mungkin akan menyebabkan permohonan anda ditangguhkan
atau ditolak. Dokumen asal anda mungkin tidak akan dipulangkan
jika anda tidak memberikan salinan dokumen asal. Anda perlu menyerahkan
semua dokumen sokongan dengan terjemahan bahasa Inggeris. Sebarang
dokumen terjemahan harus diserahkan dengan dokumen asal bagi tujuan
pengesahan.
Senarai semak dokumen
Apabila anda mengunjungi pusat permohonan visa, pastikan anda
membawa semua dokumen sokongan yang berkaitan bagi jenis visa
yang anda memohon. Sila lawat muka surat 'Dokument
Checklist' di laman web ini untuk maklumat lanjut. Senarai
semak adalah panduan bagi pemohon; ia tidak bertujuan sebagai
senarai yang lengkap bagi dokumen yang diperlukan.
Gambar foto
Serahkan 1 gambar foto yang terkini ( tidak berusia lebih dari
6 bulan). Gambar foto haruslah berwarna dan:
- Diambil dengan latar belakang berwarna kelabu cair atau
krim.
- Jelas dan berkualiti baik.
- Dicetak atas kertas fotografik yang biasa.
- Bersaiz 45mm tinggi x 35mm lebar.
- Seluruh muka (tanpa cermin mata hitam. Tiada apa-apa yang
menutup muka, tanpa rambut menutup mata, atau tanpa menutup
kepala - kecuali dipakai atas sebab-sebab agama atau kesihatan).
Maklumat penting bagi pemohon visa dan penaja: Jika penaja
anda sudah mempunyai visa dan tinggal di UK (tambahan kepada
yang di atas) anda harus menunjukkan bukti status terkini mereka
di sana. Anda harus memberikan salinan semua muka surat passpot
mereka yang telah disahkan.
Langkah 5 - Penjadualan temujanji
Semua pemohon visa (kecuali pemohon right of abode/ certificate
of entitlement, kawasan luar negara dan kanak-kanak di bawah
umur 5 tahun) harus memohon secara persendirian di pusat permohonan
visa di Kuala Lumpur untuk memberikan data biometrik anda. Jika
anda enggan memberikan data biometrik, permohonan visa anda
tidak boleh diproses.
Pemohon boleh membuat temujanji secara dalam talian atau datang
terus ke pusat permohonan visa. Anda boleh membuat temujanji
secara dalam talian dengan mengklik pada rangkaian 'Schedule
an appointment' di laman web ini dan ikut arahannya. Sila
ambil perhatian: dengan membuat temujanji secara dalam talian,
anda akan berada dalam barisan keutamaan.
Jika anda tidak dapat membuat temujanji pada tarikh yang dikehendaki,
ia bermakna tarikh tersebut telah penuh. Oleh itu, anda boleh
terus hadirkan diri di pusat permohonan visa untuk menyerahkan
permohonan anda.
Penting: Jika anda adalah sekeluarga atau sekumpulan,
setiap ahli keluarga atau kumpulan harus buat temujanji individu.
Contohnya, jika anda mempunyai 4 ahli keluarga dengan 2 orang
dewasa dan 2 kanak-kanak, anda harus buat 4 temujanji
individu. Kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas dan orang dewasa
harus buat temujanji. Kanak-kanak bawah umur 5 tahun mesti menyerahkan
permohonan visa untuk ke UK tetapi mereka tidak perlu datang
ke pusat permohonan visa.
Pengecualian
Exempt
kategori visa, mereka boleh memilih dengan menghantar permohonan
visa mereka melalui kurier dan tidak menghadirkan diri atau
membuat temujanji ke pusat permohonan visa. Jika mereka mahu
paspot mereka dihantar kembali melalui kurier selepas pemprosesan,
mereka perlu memilih perkhidmatan kurier pada mukasurat 'Additional
Services' di laman web untuk pembayaran kurier.
Temujanji berkumpulan
Temujanji secara dalam talian adalah wajib bagi kumpulan
yang terdiri daripada 6 atau lebih pemohon. Pemohon dalam kategori
ini yang datang tanpa temujanji tidak akan dilayan.
Langkah 6 - Bayar yuran permohonan visa anda
Sila lihat muka surat 'Visa Application
Fee' di laman web ini untuk maklumat tentang cara bayaran
yuran permohonan visa anda.
Langkah 7 - Kunjungi pusat permohonan visa
Butir-butir untuk menghubungi pusat permohonan visa boleh didapati
di muka surat 'Contact us' di laman
web ini. Anda harus memohon dengan sendiri untuk memberikan
data biometrik anda (gambar foto digital dan pengimbasan jari).
Anda harus ingat untuk membawa dokumen-dokumen berikut:-
| |
Passpot terkini atau dokumen perjalanan pelarian anda,
yang berkaitan dengan maklumat yang diberikan dalam borang
permohonan visa anda dan mempunyai sekurang-kurangnya 1
muka surat kosong (kedua-dua belah) supaya visa boleh dimasukkan. |
| |
Yuran permohonan visa atau bukti bayaran anda. |
| |
Satu gambar foto terkini. |
| |
Borang permohonan visa yang lengkap dan ditandatangani.
|
| |
Dokumen sokongan anda. |
Nota penting: Anda tidak boleh menyerahkan dokumen tambahan
selepas penyerahan permohonan di pusat permohanan visa. Hanya
dokumen yang diserahkan pada masa permohonan dibuat akan dipertimbangkan.
Pengambilan data Biometrik
Pengambilan data Biometrik menggunakan pengimbasan cap jari digital
(kesemua 10 digit) dan fotograf digital. Prosuder pengimbasan
cap jari menggunakan pengimbasan secara elektronik. Tiada menggunakan
dakwat,cecair atau bahan kimia. Anda perlu pastikan bahawa hujung
jari anda bebas daripada hiasan (seperti inai), luka, luka lelas
atau tanda-tanda lain yang boleh mengagalkan pengimbasan cap jari
anda. Fotograf digital perlu diambil secara penuh raut wajah anda
dan tanpa kaca mata hitam atau warna, atau pelindung kepala melainkan
ia digunakan untuk upacara keagamaan atau sebab-sebab perubatan.
Raut wajah anda perlulah jelas tanpa ada rambut menutupi mata.
Pemohon wanita perlu menanggalkan tudung mereka untuk pengambilan
gambar biometrik. Hijjab akan dibenarkan sekiranya raut wajah
hadapannya adalah sangat jelas. VFS akan memastikan pegawai wanita
akan melakukan pengambilan data biometrik tersebut secara privasi.
Kami tidak akan boleh memproses visa anda jika anda tidak memberi
data biometrik ini.
Langkah 8 - Tunggu untuk keputusan
Tunggu untuk keputusan tentang permohonan visa anda. Sila rujuk
pada muka surat 'guide to processing times'
di laman web ini untuk maklumat tentang tempoh masa pemprosesan
kami. Anda boleh menggunakan maklumat ini sebagai panduan pencapaian
terkini kami, walaupun ia tidak boleh digunakan sebagai jaminan
masa pemprosesan visa individu anda. Permohonan visa ditaksir
secara individu dan masa memproses mungkin berlainan.
Status permohonan anda juga boleh dipantau dengan menggunakan
kemudahan 'track
your application' di laman web ini.
Prosedur temuduga
Anda berkemungkinan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Staf visa berhak membuat keputusan berdasarkan dokumen yang anda
serahkan bersama dengan permohonan visa anda. Ia adalah penting
bagi anda untuk memberikan semua dokumen yang berkaitan dengan
permohonan itu.
Anda akan diberi tarikh temuduga yang ada sekiranya anda perlu
ditemuduga. Mungkin akan ada waktu menunggu sebelum temuduga bergantung
pada beban kerja.
Kanak-kanak berumur 10 tahun yang memohon untuk visa tidak akan
ditemuduga. Jika kanak-kanak itu akan membuat perjalanan sendiri,
satu temuduga akan diadakan dengan kehadiran seorang dewasa yang
bertanggungjawab (contohnya ibubapa atau penjaga). Kanak-kanak
berumur dalam lingkungan 10 hingga 14 tahun munkin akan ditemuduga,
tetapi dengan kehadiran seorang dewasa yang bertanggungjawab.
Kanak-kanak berumur 14 tahun ke atas mungkin akan ditemuduga secara
persendirian.
Langkah 9 - Pengambilan keputusan permohonan
visa anda
Ambil keputusan permohonan visa bersama dokumen asal dari pusat
permohonan visa. Anda perlu memberikan resit asal penyerahan visa
untuk mengambil dokumen anda. Seorang calon pemohon juga boleh
mengambil dokumen anda bagi pihak anda. Calon anda perlu memberikan
satu surat kebenaran yang ditandatangani anda dan bukti identiti
mereka yang sesuai. Jika anda inginkan dokumen dipulangkan, anda
boleh berbuat demikian dengan perkhidmatan
kurier.
- butir peribadi anda betul
- menyatakan tujuan anda ke UK dengan betul, dan
- ia sah laku pada tarikh anda ingin pergi. (Anda boleh meminta
untuk menundakan tarikhnya sehingga 3 bulan jika anda tidak
ingin pergi serta-merta).
Jika terdapat apa-apa masalah dengan visa anda, sila hubungi
pusat permohonan visa serta-merta.
|
|