|
Biometrik
Biometrik akan diperkenalkan bermula pada 21hb Jun 2007. Oleh itu,
semua pemohon diminta hadir sendiri semasa membuat permohonan visa.
Strategi lima tahun Kerajaan British untuk Perlindungan dan Imigresen
bertajuk 'Kawal Sempadan Kita: Pastikan Migrasi Berkesan untuk Britian',
yang diterbitkan pada 7hb Februari 2005, mengumumkan bahawa UK Visa
akan mengambil data biometrik dari semua pemohon, tanpa mengira
bangsa.
Dalam perancangan strategi, Perdana Menteri menyatakan: 'kami akan
mengambil cap jari semua pelawat yang memerlukan visa dan mereka
yang bercadang untuk tinggal lebih lama sebelum mereka sampai.'
Pada akhir tahun 2003, kesemua pemohon akan diminta untuk memberi
10 digit imbasan jari dan foto digital semasa memohon visa.
Kenapa?
Kita berada di dunia yang sentiasa berubah-makin ramai orang melancong,
mobiliti yang tinggi, ancaman keselamatan dan teknologi baru memerlukan
kita mencari cara bekerja yang berkesan dimana boleh menjamin keselamatan
kita dan memanafaatkan pelanggan.
Kecurian Identiti kini merupakan masalah utama sejagat dan kian
meningkat di seluruh dunia. Ia mengundang keganasan, jenayah terancang
dan kejatuhan ekonomi Negara. Untuk melindungi kesahihan sistem
visa dan pelanggan, kami memerlukan setiap pemohon visa mendaftar
cap jari mereka secara digital serta membenarkan foto mereka diambil
secara digital semasa membuat permohonan visa.
Bukan kami sahaja yang melaksanakan sistem ini. Biometrik telah
menjadi piawaian industri untuk pengurusan identiti. Dalam masa
yang akan datang, kita boleh mengeluarkan wang dari akaun bank dengan
menggunakan imbasan jari atau iris. Lama-kelamaan, semua paspot
akan mempunyai ciri-ciri unik pengenalan biometrik, samada imbasan
jari atau iris atau foto digital. Kesemua negara EU kini sedang
memasukkan imbasan jari dalam visa negara mereka.
Biometrik adalah langkah seterusnya dalam pembangunan pengenalan
identiti dari tandatangan ke fotograf.
Apakah kesannya terhadap pemohon visa?
Impak serta-merta ialah sekiranya dahulu pemohon boleh memohon melalui
pos atau agen perjalanan tanpa perlu hadir ke VFS, kini mereka perlu
hadir di VFS yang terdekat untuk pendaftaran biometrik.
Ianya mudah dan cepat
Pendaftaran bermaksud anda hanya perlu meletakkan jari di atas skrin
kaca serta membenarkan foto anda diambil secara digital. Tanpa dakwat,
tiada kekotoran dan hanya mengambil masa tidak melebihi 3 minit
sahaja.
Ianya rahsia
Kami sedar betapa pentingnya menjaga maruah, peribadi dan kehendak
pelanggan, oleh itu kami menyediakan tempat khas untuk pelanggan
untuk memastikan imbasan jari dan foto digital diambil tanpa pengetahuan
pelanggan lain.
Tidak melambatkan proses permohonan anda
Pendaftaran biometrik tidak akan melambatkan proses permohonan visa
anda, ia cuma akan menambah tiga minit kedalam tempoh pemprosesan
visa sedia ada. Tidak akan ada kelewatan semasa pemprosesan visa
oleh British High Commission.
Pihak British High Commission akan terus memproses permohonan yang
lengkap dalam masa 2-5 hari bekerja dan permohonan yang memerlukan
pemohon diminta hadir ke British High Commission untuk temuduga,
akan diproses dalam masa 15 hari bekerja.
Bagaimana maklumat ini digunakan?
Data Biometrik akan disimpan di dalam pengkalan data kerajaan pusat
di UK dan akan dibandingkan dengan rekod kerajaan UK. Data ini akan
diuruskan mengikut undang-undang perlindungan data UK.
Apakah faedah sistem ini kepada pemohon visa?
- Membantu melindungi pemohon dan keluarga mereka dari kecurian
identity.
- Menjamin keselamatan pemohon visa dan keluarga mereka dari
jenayah dan keganasan semasa perjalanan pergi dan balik dari UK.
- Mengelakkan berlakunya kesilapan pengecaman identiti jika pemohon
visa mempunyai nama yang sama dengan orang lain.
- Dalam jangkamasa panjang, data biometrik pemohon akan digunakan
untuk membolehkan pemohon menggunakan laluan pantas di pintu kemasukkan
automatik di pelabuhan dan lapangan terbang UK.
Di mana sistem ini dilaksanakan?
UK Visa telah mula mengumpul data biometrik (2-imbasan jari) dari
setiap pemohon visa di beberapa negara bermula dari tahun 2003.
Kami akan mula memperkenalkan pengambilan data biometrik (10-imbasan
jari dan foto digital) disemua negara pada awal tahun 2008. Tiada
tarikh khusus bila sistem ini akan dilancarkan. Ia akan dilaksanakan
secara berperingkat mengikut tarikh sistem mula beroperasi selepas
ia dipasang di negara tersebut.
Pada ketika ini, Data Biometrik Pemohon diambil semasa pemohon membuat
permohonan visa di negara berikut.
Albania, Angola, Argentina, Armenia, Belgium, Bolivia, Botswana,
Bulgaria, Burma, Cameroon, Chile, Republik Demokratik Congo, Kroatia,
Cuba, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Republik Dominican, Ecuador,
Estonia, EtiopĂa, Finland, The Gambia, Georgia, Greece, Guyana,
Hungary, Iran, Iceland, Kenya, Latvia, Lebanon, Lithuania, Maita,
Mauritius, Mexico, Moldova, Morocco, Belanda, Norway, Pakistan,
Peru, Filipina, Poland, Portugal, Romania, Senegal, Seychelles,
Sierra Leone, Sepanyol, Sri Lanka, Sudan, Sweden, Syria, Tanzania,
Trinidad dan Tobago, Tunisia, Turkmenistán, Uganda, Uruguay, Venezuela,
Vietnam dan Zambia.
|