|
|
|
- Pelanggan yang
tidak berkeupayaan
Perkhidmatan VFS memastikan pusat permohonan visa dan perkhidmatannya
boleh diakses sepenuhnya oleh orang kurang upaya.
Maklumat tentang pengaksesan pusat permohonan visa untuk orang
kurang upaya adalah seperti di bawah.
Akses fizikal umum
Sila ambil perhatian tentang perkara tersebut jika anda ingin
melawat kami.
Terdapat kerusi roda di pusat permohonan visa.
Terdapat ruang untuk peralihan kerusi roda dari kenderaan di
depan bangunan.
Terdapat satu tanjakan dengan pemegang tangan dari tingkat bawah
ke lobi lif.
Di tingkat 19, terdapat akses mudah bagi pengguna kerusi roda
dari lif ke pejabat.
Mana-mana pemohon kurang upaya yang ingin bantuan kerusi roda
harus membuat temujanji terlebih dahulu dengan VFS di talian
bantuan + 6 03 21649323 supaya staf VFS boleh mengiringi mereka
dari kawasan penurunan penumpang di pintu utama bangunan ke
pusat permohonan visa.
Akses bagi pelawat yang tiada penglihatan dan kurang pendengaran
Butang lif boleh diakses dan mempunyai huruf 'Braille'.
Anjing petunjuk dan anjing pembantu pendengaran dibenarkan masuk.
Terdapat tandas di setiap tingkat tetapi tiada tandas
di dalam bangunan bagi orang kurang upaya.
Sila ambil perhatian: Keutamaan diberikan kepada pelawat
yang kurang upaya jika berlaku kecemasan atau pengosongan bangunan,
sekiranya staf dimaklumkan lebih awal tentang ketibaan pelawat
kurang upaya.
|
|