|
|
- Terma dan syarat
VFS (Malaysia) Sdn. Bhd. (selanjutnya dikenali sebagai VFS) rakan
sekutu Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia. Dalam pada ini,
VFS menerima dokumen yang diperlukan dan yuran yang tertakluk
dari pemohon bagi pemprosesan selanjutnya untuk mendapatkan Visa
UK. Selepas permohonan visa diakses oleh Suruhanjaya Tinggi British,
VFS bertanggungjawab memulangkan balik dokumen yang boleh dipulangkan
kepada pemohon, kecuali jika Suruhanjaya Tinggi British ingin
memulangkan sendiri dokumen terus kepada pemohon.
- VFS dengan ini menegaskan bahawa mereka tiada apa-apa peranan
dalam pengaksesan permohonan visa yang merupakan hak mutlak
Suruhanjaya Tinggi British. Dengan itu, VFS tidak bertanggungjawab
bagi apa-apa penangguhan dalam pemprosesan atau penolakkan
permohonan visa sebaik sahaja dokumen dihantar ke Suruhanjaya
Tinggi British.
- VFS akan berhati-hati dalam mengendalikan paspot dan dokumen
yang diserahkan oleh pemohon. Disebabkan oleh kejadian yang
tidak dapat diduga dan keadaan Force Majeure, yang bermaksud
apa-apa kejadian yang berlaku di luar kawalan pihak yang terlibat
dan yang tidak menyumbangkan kepada mana-mana aksi atau kegagalan
untuk mengambil tindakan mencegah oleh pihak yang terlibat,
tetapi tidak termasuk apa-apa aksi industri yang berlaku di
kalangan VFS atau sub-kontraktor VFS.
- Apabila pemohon menggunakan Perkhidmatan Penerimaan Kurier
atau Perkhidmatan Pemulangan Kurier, pemohon mengesahkan dan
sedar yang penerimaan kurier dan perkhidmatan penghantaran
dikendalikan oleh pihak ketiga dan VFS tidak bertanggungjawab
bagi apa-apa kelemahan perkhidmatan Syarikat Kurier jika terdapat
kehilangan atau kerosakan paspot atau dokumen lain dalam transit.
- VFS tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau
kerosakan selanjutnya yang mungkin dialami oleh pemohon disebabkan
oleh kehilangan paspot dan dokumen yang berkaitan. Ia difahamkan
yang apabila pemohon atau wakilnya menyerahkan paspot dan
dokumen berkaitan bersama dengan yuran visa, pemohon memahami
terma dan syarat serta maklumat seperti yang telah dinyatakan
disini. Yuran yang dibayar oleh pemohon tidak akan dipulangkan
dalam apa-apa keadaan.
- Cashier's order/ cek bank tertakluk kepada kesedaran.
- Bahan pengiklanan mungkin disertakan bersama dengan dokumen
yang dipulangkan kepada pemohon. Jika pemohon tidak ingin
menerima apa-apa bahan pengiklanan bersama dengan paspot dan
dokumen berkaitan, pemohon harus memaklumkan UK VFS lebih
awal. Sila ambil perhatian yang bahan pengiklanan yang disertakan
bersama paspot dan dokumen berkaitan tidak mempunyai sokongan
Kerajaan British.
- Staf VFS tidak mempunyai apa-apa hak atau kuasa untuk menukar,
meminda, dan menguatkuasa kandungan yang dinyatakan disini.
- Jurisdiksi akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia sekiranya
berlaku apa-apa pertikaian.
- VFS telah memberikan rangkaian ke laman web yang lain di
laman web ini sekiranya anda ingin melawatnya. VFS tidak meninjau
laman web tersebut dan tidak mempunyai kuasa ke atas kandungannya.
Jadi VFS tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa jika anda
melawati laman web tersebut. Sebaik sahaja anda melawati laman
web itu, anda tertakluk kepada syarat dan terma laman web
itu.
|
|