|
|
- Soalan Yang Sering Ditanya
Di mana dan bagaimana untuk memohon? All enquiries about
- and applications for - UK visas and UK Residence Permits are
handled by the
UK Visa Application Centre at:
Suite 19-06
Tingkat 19
Wisma MCA
163, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Mengapa British High Commision membuat pertukaran ini?
VFS bertekad untuk memberikan perkhidmatan sokongan yang cemerlang
untuk permohonan visa kepada British High Commission di Malaysia.
Sila lihat laman web antarabangsa di www.vfsglobal.com
untuk maklumat lanjut mengenai kami..
Sejak Jun 2004, kami telah memberi perkhidmatan sokongan kepada
operasi visa di British High Commission di Malaysia. Kesemua rangkaian
elektronik untuk informasi UK Visa telah mendapat kelulusan dari
British High Commisison terlebih dahulu.
Kesemua informasi yang sedia ada juga telah mendapat kelulusan
terlebih dahulu dari British High Commission. Kesemua peningkatan
perkhidmatan disusun semula berdasarkan maklumbalas terus dari
pelanggan dengan tujuan untuk meningkatkan tahap permintaan dan
maklumbalas dari pemohon visa. Kami memastikan permohonan untuk
visa ke UK lebih pantas dan mudah dengan memanjangkan waktu operasi
4 kali lebih panjang serta membolehkan pelanggan mengetahui perkembangan
permohonan mereka secara online atau telefon. Kami juga mempunyai
Pusat Permohonan UK Visa di India, Singapura, Bangladesh, Sri
Lanka, China, Ghana, Qatar, Indonesia, Nigeria, Russia dan Thailand.
Maklumbalas dari pemohon visa amat positif
Di manakah Pusat Permohonan UK Visa (VFS)?
Alamat penuh seperti yang tertulis di atas. Pusat Permohonan
UK Visa terletak berdekatan dengan dua stesen LRT Putra (Ampang
Park dan KLCC). Pusat Permohonan UK Visa juga berada berdekatan
dengan British Council yang terletak di Wisma Selangor Dredging.
Sila 'klik' di sini untuk peta
lokasi.
Apakah waktu operasi Pusat ini?
VFS dibuka setiap hari dari hari Isnin hingga Jumaat, melainkan
pada cuti umum British High Commission.
Pelanggan boleh membuat permohonan dari pukul 8:00pagi-3:00petang
dan dibuka untuk pengambilan paspot antara pukul 10:00 pagi- 3:00
petang.
Apakah Tugas utama Pusat Permohonan UK Visa?
Kakitangan yang terlatih:
- Memberi tunjuk ajar dan nasihat jika perlu.
- Menerima permohonan untuk semua Kategori Visa.
- Manghantar permohonan kepada pihak Pesuruhjaya Tinggi British.
- Memberitahu pemohon mengenai tarikh dan waktu temuduga.
- Memulangkan paspot kepada pemohon di akhir proses. rovide
guidance and advice when necessary.
Apakah faedah yang diberikan kepada pelanggan?
Pusat Permohonan Visa UK menawarkan:
- Perkhidmatan kaunter secara peribadi kepada pelanggan.
- Susunan tempat menunggu yang selesa dan luas serta boleh
memuatkan lebih ramai pelanggan.
- Waktu untuk membuat permohonan dan kutipan empat kali lebih
panjang.
- Pelanggan boleh membuat permohonan di antara jam 8.00 pagi
sehingga 3.00 petang dan boleh membuat kutipan pada jam 10.00
pagi sehingga 3.00 petang.
- Perkhidmatan Pertanyaan Telefon yang bermula di antara jam
8.00 pagi sehingga 3.00 pertang. Isnin sehingga Jumaat.
- Kemudahan pelanggan dalam menyemak
progress permohonan melalui online atau telefon.
- Kemudahan perkhidmatan meletak kenderaan di Wisma MCA dan
dihadapan bangunan.
- Berdekatan dilaluan stesen keretapi Putra LRT (Ampang Park
dan KLCC) dan juga berdekatan laluan bas.
- Mempunyai pelbagai kemudahan awam termasuk perkhidmatan
bank dan fotokopi serta berdekatan dengan kedai makanan.
- Perkhidmatan penghantaran khas permohonan anda ke Pesuruhjaya
Tinggi British,yang menjamin keselamatan paspot dan dokumen
peribadi yang lain.
- Di Pusat Permohonan Visa UK mempunyai mesin fotokopi yang
boleh digunakan oleh pemohon dengan harga berpatutan.
Kami menerima permohonan Permit Penduduk Tetap UK dan beberapa
kategori Visa UK yang lain. Pesuruhjaya Tinggi British tidak
akan menerima sebarang permohonan yang dihantar terus kepada
mereka.
Apakah jenis permohonan yang perlu dibuat di Pusat Permohonan
UK Visa ?
Pusat ini menerima permohonan untuk Permit Penduduk Tetap
UK, dan beberapa kategori UK Visa. British High Commision tidak
lagi menerima sebarang permohonan yang dihantar terus kepada
mereka.
Bagaimana hendak melakukan pembayaran?
Sila rujuk menu Yuran Visa .
Apakah dokuemn yang pelru saya lampirkan untuk membuat permohonan?
Sila layari laman web Pusat Permohonan Visa untuk mengetahui
dokumen yang perlu untuk pelbagai
kategori visa dan Permit Penduduk Tetap UK.
Application Centre website.
Adakah saya memerlukan laporan kesihatan?
Megikut piawaian kesihatan Malaysia kami tidak memaksa anda
untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum pelepasan kemasukan.
Tetapi, Perenggan 36 di bawah Undang-undang Imigrasi UK menyatakan
dibalai ketibaan sesiapa yang ingin tinggal melebihi 6 bulan
kebiasaannya perlu merujuk kepada Pegawai Kesihatan Pelabuhan
untuk melakukan pemeriksaan ( beratur mungkin lama). Sebagai,
tambahan pihak ECO mencadangkan supaya melakukan pemeriksaan
jika perlu.
Jika anda ingin tinggal melebihi 6 bulan oleh itu anda memerlukan
pemeriksaan kesihatan sebelum pengembaraan dan perlu membawa
keputusan pemeriksaan X-ray dada bersama.
Adakah dengan cara begini akan melambatkan proses permohonan?
Tidak, dengan cara begini, proses permohonan visa akan menjadi
lebih pantas dan cekap kerana kini kakitangan Pesuruhjaya Tinggi
British hanya perlu menumpukan perhatian untuk menyemak permohonan
dan tidak perlu membahagi masa untuk memberi nasihat dan perkhidmatan
logistik. Ini berdasarkan penglaman kami setelah memperkenalkan
sistem ini dan Negara lain.
Berapa lama ia akan mengambil masa untuk memproses permohonan
saya?
Keputusan ini masih lagi dibuat oleh pihak Pesuruhjaya Tinggi
British. Sekiranya mereka perlu ditemuduga oleh pihak Pesuruhjaya
tinggi British perlu berjumpa pemohon sebelum memberi keputusan
akan permohonan mereka.Anda akan diberitahu dalam lima hari
berkerja.
Adakah saya diperlukan sesi temuduga?
Keputusan ini masih lagi dibuat oleh pihak Pesuruhjaya Tinggi
British. Sekiranya mereka perlu ditemuduga oleh pihak Pesuruhjaya
tinggi British perlu berjumpa pemohon sebelum memberi keputusan
akan permohonan mereka.Anda akan diberitahu dalam lima hari
berkerja.
Kesemua temuduga akan bertempat di Pesuruhjaya Tinggi British,
185 Jalan Ampang, Kuala Lumpur, berdasarkan sesiapa terdahulu
tiba akan dilayan dahulu. Anda akan ditemuduga oleh Pegawai
Pelepasan Masuk. Pihak Pesuruhjaya Tinggi akan menjalankan sesi
temuduga menggunakan perantaraan Bahasa Inggeris juga menawarkan
pegawai jurubahasa untuk Bahasa Malaysia dan Kantonis.
Jika anda tidak bertutur salah satu daripada bahasa ini anda
perlu merancang untuk mengupah Jurubahasa profesioanal yang
ber kelayakan, seperti contoh Jurubahasa yang telah disahkan
oleh pihak Mahkamah Malaysia, untuk menemani anda semasa sesi
temuduga. Sila ambil perhatian bahawa rakan-rakan atau ahli
keluarga yang tidak berkelayakan tidak akan diterima sebagai
Jurubahasa. Jurubahasa anda perlu menyerahkan dokumen-dokumen
kelayakan sebagai bukti semasa sesi temuduga.
Bagaimana untuk saya mengetahui permohonan visa siap untuk
diambil?
Anda boleh menyemak progres permohonan
anda melalui laman web menggunakan nombor paspot atau nombor
rujukan yang unik boleh menghubungi kami di Pusat Permohonan
Visa UK di (03) 2164 9323 untuk mengetahui bila permohonan visa
siap untuk diambil.
Bolehkah saya memohon di Pesuruhjaya Tinggi Bristish?
Tidak, pihak Pesuruhjaya Tinggi British tidak lagi akan menerima
sebarang permohonan visa yang dihantar terus kepada mereka.
Adakah dokumen saya akan selamat?
Ya. Dokumen anda akan dihantar menggunakan kantung berkunci
menggunakan van penghantaran yang berpengalaman. Pergerakan
mereka dipantau pada setiap tahap proses permohonan.
Bagaimana jika permohonan visa saya ditolak?
Jika permohonan anda gagal. Pegawai Pelepasan Kemasuakan
akan memberi notis bertulis yang menerangkan akan keputusan
mereka dan juga akan memberitahu samada anda layak untuk membuat
rayuan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Fgarispanduan
rayuan Visa UK..
Bagaimanakah untuk saya mengemukakan rayuan, di mana perlu
saya menghantar rayuan saya?
Anda perlu menghantar rayuan anda samada pada Pesuruhjaya Tinggi
British atau Asylum and Immigration Tribunal (AIT) di UK.
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya tidak berpuashati
dengan perkhidmatan yang diterima di Pusat Permohonan Visa UK?
Sila rujuk prosuder aduan
Bagaimana saya untuk mengetahui maklumat lanjut?
Sial layari laman web UK
Border Agensi untuk maklumat lanjut.
|
|