|
|
- Masa pemprosesan di Malaysia
Kebanyakkan permohonan visa diproses dalam tempoh 5 hari bekerja
dari tarikh anda menyerahkan permohonan dan data biometrik anda
di pusat permohonan visa. Pemohon visa 'settlement' mungkin mengambil
masa 12 minggu atau lebih untuk diproses.
Nota penting: Permohonan visa dinilai secara individu dan
masa pemprosesan mungkin berlainan. Masa permohonan sebenar permohonan
visa anda bergantung kepada beberapa faktor dan anda tidak digalakkan
membuat sebarang perancangan perjalanan untuk pergi atau transit
melalui UK sehingga anda mendapat visa.
Masa penyerahan permohonan anda
Anda boleh memulakan proses permohonan visa seawal 3 bulan dari
tarikh perjalanan anda. UK Border Agency menasihatkan anda untuk
memulakan proses permohonan visa sekurang-kurangnya 5-10 minggu
dari tarikh perjalanan anda. Ini membolehkan anda mempunyai masa
untuk melengkapkan borang permohonan secara dalam talian, serahkan
data biometrik, sediakan dokumen sokongan anda dan bagi UK Border
untuk memproses permohonan visa anda.
Pertanyaan mengenai masa pemprosesan
Anda boleh mengetahui status permohonan anda dengan menggunakan
kemudahan 'Track
your Application' di laman web ini dan dengan menggunakan
kemudahan teks SMS (tertakluk kepada
yuran).
- Panduan masa pemprosesan
Bagaimana untuk menggunakan panduan
Panduan UK Border Agency memberikan maklumat kepada pemohon
visa tentang masa yang akan diambil bagi permohonan mereka berdasarkan
pencapaian pemprosesan visa yang terkini. Masa pemprosesan adalah
pada hari-hari bekerja, kecuali hari minggu dan cuti umum. Jumlah
pencapaian dikemaskini setiap bulan.
Panduan
masa pemprosesan
Pemohon visa harus ingat bahawa setiap permohonan tertakluk kepada
penilaian secara individu dan masa pemprosesan mungkin berlainan.
Panduan ini tidak boleh digunakan sebagai jaminan masa pemprosesan
Standard
Khidmat Pelangan
Staf perkhidmatan visa UK Border Agency, dan staf di VFS berkomited
untuk memberikan perkhidmatan tahap yang tinggi kepada pelanggan
kami. Maklumat tentang standard masa pemprosesan boleh didapati
di laman web Perkhidmatan Visa UK Border Agency.
|
|