Utama
Ketahui Progres Permohonan
Soalan Yang Sering Ditanya
Yuran Visa dan Caj Perkhidmatan
Muat turun Borang permohonan dan Senarai Semak
Spesifikasi Fotograf
Biometrik
Maklumat Terkini
Nota kepada Pemohon Visa
Senarai Cuti Umum
Laluan untuk Pelawat Kurang Upaya
Rangkaian Berguna
Maklumbalas/ Aduan
Hubungi Kami
Terma dan syarat
English

Maklumat terkini

29hb Mei 2007

Penutupan Sementara
Kami ingin memberitahu bahawa Pusat Permohonan UK Visa dan Bahagian Visa di British High Commission akan ditutup kepada semua pelanggan bermula dari 15hb Jun hingga 20hb Jun 2007.

Penutupan ini disebabkan aktiviti pemasangan peralatan baru dan latihan kakitangan yang mesti dilakukan untuk memastikan kami boleh sentiasa memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada setiap pelanggan kami.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan ketika penutupan ini. VFS akan menerima permohonan sehingga akhir waktu kerja pada 14hb Jun. VFS akan dibuka semula seperti biasa pada 21hb Jun.

Sila ambil perhatian bermula dari 15hb Jun, kami juga tidak akan menerima sebarang permohonan yang dihantar melalui pos. Semua permohonan yang diterima selepas 14hb Jun akan dikembalikan kepada pengirim.

Sila ambil perhatian
Permohonan yang diterima pada 14hb Jun akan mengambil masa lebih lama dari biasa untuk diproses. Sila mengambilkira kemungkinan kelewatan ini semasa membuat perancangan untuk perjalanan anda.


24hb April 2007

Maklumat Penting: Pelajar Luar Negara yang telah diterima untuk belajar di Institut Pendidikan Swasta juga perlu mendaftar dengan Badan Pengiktirafan Ijazah UK.


12hb Februari 2007

Berkuatkuasa 12hb Februari 2007, setiap pemohon diminta menyediakan satu dokumen lain yang menyenaraikan jenis-jenis dokumen yang dilampirkan bersama borang permohonan mereka. Ini perlu dibuat untuk setiap permohonan mereka. Disamping itu juga, pemohon diminta untuk memberi satu salinan fotokopi untuk semua dokumen yang dilampirkan.

Sebagai contoh, senarai terperinci dokumen yang perlu dilampirkan:

  1. Sijil Perkahwinan (nyatakan ia salinan asal atau fotokopi)
  2. Penyata Bank (dari tarikh ___; ke tarikh ____), (nama bank), (akaun pemohon/penaja)
  3. Perjanjian Penyewaan
  4. Surat Jemputan (daripada)
  5. Surat Tawaran Universiti (nyatakan Kolej atau Universiti)
  6. Simpanan Tetap (nyatakan salinan asal atau fotokopi dan berapa salinan), jumlah wang (RM) dan lain-lain.

Senarai dokumen ini diperlukan untuk membantu British High Commission memberi perkhidmatan yang pantas dan cekap kepada pemohon visa.


30hb Januari 2007

Penolakkan Permohonan
Jika permohonan visa anda ditolak, anda akan menerima notis bertulis dari pegawai pelepasan kemasukkan yang menyatakan sebab-sebab mengapa permohonan anda tidak diluluskan. Didalam notis ini juga dinyatakan samada anda layak untuk membuat rayuan untuk mengubah keputusan ini. Jika anda layak untuk membuat rayuan, anda akan menerima borang rayuan bersama dengan notis bertulis ini. Untuk membuat rayuan, anda dikehendaki melengkapkan borang rayuan ini dan menghantar LIMA (5) salinan borang rayuan serta semua dokumen sokongan ke VFS atau ke Perlindungan dan Imigresen Tribunal (AIT) di UK. Maklumat mengenai AIT boleh didapati dalam borang rayuan.

Anda juga boleh menghantar semula permohonan yang baru.


21hb Disember 2006

Sijil Kelayakan ('C of E") untuk Hak kediaman.
Peraturan baru dibawah Seksyen 10 Akta Warganegara, Imigresen dan Perlindungan 2002 yang mengawal Sijil Kelayakan ('C of E') untuk Hak Kediaman akan mula berkuatkuasa pada 21hb Disember 2006.

  1. Semua permohonan (termasuk permohonan untuk pembaharuan) mesti dikepilkan dengan paspot pemohon atau dokumen perjalanan yang masih sah digunakan, 2 keping fotograf pemohon yang diambil tidak lebih dari 6 bulan sebelum tarikh permohonan dan salinan asal dokumen sokongan seperti yang dinyatakan dalam senarai semak Hak Kediaman yang boleh dimuatturun dari laman web kami. Salinan sah dokumen tidak akan diterima.
  2. Yuran perlu dibayar untuk setiap permohonan (termasuk permohonan pembaharuan)
  3. Tempoh sah sijil akan mengikut tempoh sah paspot. Anda perlu memohon sijil baru untuk setiap paspot baru.
  4. Pemegang dokumen-dokumen berikut tidak layak untuk memohon Sijil Kelayakan:
    1. Paspot UK yang menyatakan dia seorang warganegara British
    2. Paspot UK yang menyatakan dia seorang warganegara British yang tertakluk kepada Hak Kediaman di UK.
    3. Kad ID yang dikeluarkan dibawah Akta Kad Identiti 2006 yang menyatakan dia seorang warganegara British.
    4. Kad ID yang dikeluarkan dibawah Akta Kad Identiti 2006 yang menyatakan dia seorang warganegara British yang tertakluk kepada Hak Kediaman di UK.
    5. Masih memegang

Sijil Kelayakan yang sah. Anda tidak dibenarkan memegang lebih daripada satu Sijil Kelayakan. Sijil Kelayakan yang dikeluarkan pada atau selepas 21hb Disember 2006, mungkin akan ditarikbalik oleh pegawai di "Home Office", pegawai imigresen, pegawai konsular atau pegawai pelepasan kemasukan jika didapati pemegang sijil kelayakan tidak lagi layak untuk memegang sijil tersebut.


16hb Oktober 2006


Notis : Skim Berkerja Sambil

Cuti Berkuatkuasa dari hari Isnin, 16 Oktober, penggantungan Skim Bekerja Sambil Cuti di Malaysia akan dihentikan. Borang permohonan, senarai semak dan soal-selidik tambahan yang berkaitan boleh dimuatturun dari laman web kami. Tujuan utama Skim ini adalah untuk membolehkan warganegara muda dari negara komenwel datang ke United Kingdom untuk percutian yang lama (sehingga 2 tahun). Mereka boleh membiayai percutian ini dengan bekerja semasa bercuti. Peraturan mengenai Skim Bekerja Sambil Bercuti boleh didapati dari laman web Direktorat Imigresen dan Warganegara UK, dibahagain Peraturan Imigresen UK, para 95 hingga 103.