|
Selamat Datang ke Laman Web Pusat Permohonan UK Visa
BERITA
TERKINI
- 22 Julai 2010: Ujian bahasa Inggeris yang selamat diumumkan bagi pemohon pelajar Tier 4 (Am). Kerajaan British telah mengumumkan bahawa ujian bahasa Inggeris selamat yang wajib akan diperkenalkan untuk pelajar-pelajar dewasa yang sedang belajar bawah tahap ijazah di bawah sistem pemarkahan Tier 4 (Am). Keperluan baru ini akan berkuatkuasa mulai 12 Ogos 2010. Untuk maklumat lanjut tentang perubahan ini, sila lawat laman web UK Border Agency.
- 19 Julai 2010: Pembetulan pada panduan polisi pelajar Tier 4.
Pada 13 Julai 2010 kami menerbitkan satu versi baru panduan Tier 4 yang mempunyai beberapa perubahan polisi. Dokumen tersebut mengandungi beberapa perenggan yang dirangka berkenaan dengan ujian bahasa Inggeris selamat yang diperkenalkan bagi pelajar Tier 4 (Am). Perenggan ini telah silap dimasukkan. Kami belum lagi memperkenalkan ujian bahasa Inggeris selamat bagi pelajar Tier 4 (Am). Sekiranya kami berbuat begitu, kami akan menerbitkan polisi yang penuh pada masa itu.
Versi panduan polisi yang tidak betul itu telah ditarik balik dan digantikan dengan dokumen betul pada 14 Julai 2010. Sila pastikan yang anda menggunakan versi terbaru panduan polisi Tier 4.
- 19 Julai 2010: Perubahan penting permohonan visa Tier 1 (Am) dari 19 Julai 2010. Berikutan dengan pengumuman terdahulu oleh kerajaan UK, 2 perubahan penting telah berkuatkuasa bagi pemohon visa Tier 1 (Am) hari ini, 19 Julai 2010.
Suatu had sementara bagi bilangan visa yang akan diberikan kepada pemohon Tier 1 (Am) di antara 19 Julai 2010 dan 31 Mac 2010.
Bilangan markah yang diperlukan bagi pemohon Tier 1 (Am) telah naik dari 95 ke 100.
Untuk maklumat lanjut sila lawat laman web UK Border Agency.
Had sementara juga diaplikasikan bagi sesetengah permohonan Tier 2, sila lihat maklumat di laman web UK Border Agency.
- 13 Julai 2010: Perubahan panduan Tier 4 tentang pinjaman pelajar dan pelajar dengan kelayakan International Baccalaureate. Tambahan kepada panduan polisi telah diperkenalkan pada 12hb Julai bagi para pelajar yang memohon bawah sistem pemarkahan Tier 4. Perkara ini adalah bagi pelajar yang membuat permohonan visa menggunakan surat pinjaman serta pelajar yang menggunakan kelayakan International Baccalaureate yang diberikan pada 5hb Julai 2010. Sila lihat Tier 4 Policy Guidance terbaru yang boleh didapati di laman web UK Border Agency untuk maklumat lanjut.
- 2 Julai 2010: Permohonan visa pelajar Tier 4 – mohon awal. Di musim sibuk ini, adalah penting untuk anda menyerahkan permohonan visa Tier 4 pada masa yang betul. Perkara ini akan membenarkan kami mempunyai masa yang mencukupi bagi memproses permohonan visa dan untuk anda menhadirkan diri pada tarikh kursus anda bermula. Anda boleh memohon visa dalam masa 3 bulan dari tarikh mulanya kursus anda. Bagi kursus yang lebih dari 6 bulan, visa anda sah sebulan dari tarikh permulaan kursus. Jika kursus anda kurang dari 6 bulan, anda akan hanya dibenarkan memulakan perjalanan anda sehingga 7 hari sebelum mulanya kursus anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang masa pemprosesan permohonan visa terbaru kami, sila lihat muka surat ‘Panduan untuk Masa Pemprosesan’ di laman web ini.
- 28 Jun 2010: Kerajaan UK akan memperkenalkan kemasukan terhad untuk imigren bukan Eropah. Jumlah kemasukan pekerja di negara UK daripada luar Eropah akan dikawal secara had baru, Setiausaha Negara UK, Theresa May, mengumumkannya hari ini. Maklumat teperinci bagaimana keputusan terakhir mengenai had ini akan dipersetujui melalui 12 minggu khidmat perundingan dengan perniagaan dan pihak-pihak yang berminat. Pada masa yang sama had sementara akan diperkenalkan untuk memastikan tiada kegopohan di dalam permohonan visa yang telah dipohon dan jumlah visa berkerja diterbitkan di bawah paras bermula 2009. Untuk maklumat lanjut sila lawati laman web UK Border Agency.
- 28 Jun 2010: Sistem permohonan visa secara online tidak berfungsi pada 05 Julai sehingga 06 Julai. Permohonan secara online UK Border Agency tidak berfungsi pada 06:00 GMT hari Isnin 05 Julai 2010 sehingga 06:00 GMT hari Selasa 06 Julai 2010 kerana kerja-kerja penyengalaraan. Anda tidak akan dapat memohon secara online atau memasuki permohonan anda semasa tarikh tersebut. Jika anda telah melakukan temujanji menggunakan sistem permohonan secara online pada 05 atau 06 Julai, anda diminta untuk membuat salinan pengesahan temujanji dan salinan borang permohonan visa sebelum tarikh ini. Kami memohon maaf atas segala kesulitan ini.
- 16 Jun 2010: Keperluan baru untuk Bahasa Inggeris bagi peneman. UK border agency telah mengeluarkan panduan terbaru bagi ujian bahasa Inggeris kepada:
- kerakyatan luar daripada negara Kesatuan Ekonomi Eropah dan Switzerland; dan
- rakyat yang mempunyai hubungan bersama rakyat British atau penduduk tetap di sini; dan
- rakyat yang memohon untuk memasuki atau menduduki di negara UK sebagai suami, isteri, tunang, lamaran teman sivil, teman tidak berkahwin atau teman sejenis.
Sila layari laman web UK Border Agency untuk maklumat terkini dan berita terbaru bertarikh 9 Jun 2010 di dalam laman web ini.
- 21 Mei 2010: Perubahan laman web UK Border Agency. Kerajaan UK telah beralih kuasa ketika pilihanraya UK yang berlangsung pada bulan Mei . Sesetengah strategi, arah tuju, dan objektif semasa zaman pemerintahan kerajaan terdahulu telah berubah. Ini bermakna sesetengah rangkaian di laman web ini tidak berfungsi. Walaubagaimanapun maklumat mengenai untuk memohon visa masih lagi boleh diperolehi di laman web ini.
|