|
|
|
Nota kepada Pemohon Visa
-
Bergantung kepada keadaan permohonan anda, pemprosesan visa akan mengambil masa
5 hari bekerja. Sila hubungi kami untuk mengetahui jangkamasa terkini
pemprosesan visa. Walaubagaimanapun, jangkamasa yang dinyatakan ini ialah untuk
permohonan yang lengkap. Anda dinasihatkan untuk menghantar permohonan anda
seawal mungkin untuk menggelakkan sebarang kelewatan.
-
Semasa permohonan anda diproses, anda mungkin diminta untuk memberi
dokumen-dokumen yang lain atau menghadiri temuduga. Ini akan menyebabkan proses
permohonan anda mengambil masa lebih lama dari biasa.
-
Anda perlu menyemak status permohonan anda sendiri. Pihak VFS tidak akan
menghubungi anda untuk memberitahu status permohonan visa anda. Anda boleh
menyemak status permohonan anda melalui:
-
Online - 'Semak Status Permohonan Anda'. Anda hanya perlu memasukkan nombor
rujukan dan tarikh lahir. Laman web ini sentiasa dikemaskini.
-
Menghubungi talian bantuan: 03-21649323 (Sila nyatakan nombor barcode atau
nombor paspot anda)
-
E-mail kami di info@vfs-uk-my.com (Sila
nyatakan nombor barcode atau nombor paspot anda)
-
Masa pengambilan paspot dari 10.00 pagi hingga 3.00 petang (Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti awam).
|
|