|
Terma dan syarat
Note Penting: British High Commission, Kuala Lumpur (kemudian dari
ini dirujuk sebagai ("Pihak Berkuasa") telah menandatangani kontrak
dengan VF Worldwide Holding Ltd ("Pihak Penyedia Perkhidmatan")
untuk memperuntukan khidmat memproses visa di Malaysia. Pusat permohonan
UK Visas adalah perkhidmatan yang disediakan kepada "Pihak Berkuasa"
kepada "Pihak Penyedia Perkhidmatan".
Terma dan Syarat-syarat yang digunakan di laman web ini adalah seperti
berikut
Laman Web ini diselenggarakan untuk kegunaan dan rujukan peribadi
anda. Penggunaan dan kemudahan yang diberikan kepada anda untuk
melayari laman web ini tertakluk kepada penerimaan anda terhadap
terma dan syarat-syarat ini, bermula dari tarikh anda mula menggunakannya.
Dalam keseluruhan dokumen ini, terma 'kami' merujuk kepada Pihak
Penyedia Perkhidmatan dan terma 'anda' merujuk kepada anda sebagai
pengguna.
Pengenalan
Sekiranya anda tidak pasti samada anda perlu memohon visa sebelum
melawat UK, anda perlu mengetahuinya sebelum membuat permohonan
secara online. Anda boleh mengetahuinya melalui soal-jawab 'Adakah
saya memerlukan visa?' di laman web UK Visa.
Laman web ini mengandungi borang permohonan elektronik yang membolehkan
anda memohon visa ke UK atau pelepasan kemasukan melalui laluan
selamat di internet. Berdasarkan jawapan yang anda beri, borang
permohonan dan soalan yang betul akan dihasilkan. Di akhir proses,
anda diberi peluang untuk membetulkan jawapan anda, tetapi ia perlu
dilakukan sebelum penghantaran akhir.
Pengisytiharan
Sebelum permohonan elektronik dihantar, anda diminta mengesahkan
bahawa anda telah membaca Bahagian Pengisytiharan dengan menandatangani
di kotak yang disediakan. Ini dilakukan dengan memasukkan nama anda.
Bahagian Pengisytiharan ini perlu ditandatangani oleh anda sendiri
sebagai pemohon dan bukan diwakilkan oleh orang lain yang bertindak
bagi pihak anda. Permohonan untuk pemohon di bawah umur 18 tahun
perlu dilengkapkan oleh ibubapa atau penjaga yang sah.
Kesemua bahagian di dalam borang permohonan terkini perlu dilengkapkan.
Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan ini akan menyebabkan
kelewatan.
Am:
Polisi Bayaran Balik
Yuran untuk memproses permohonan, penghantaran dan yuran pengurusan
tidak akan dibayar balik tanpa mengambilkira keputusan permohonan.
Hak Intelektual
Nama, gambar dan logo, jika ada, yang mengenalpasti Pihak Berkuasa
dan Pihak Penyedia Perkhidmatan adalah merupakan hak utama organisasi
tersebut. Penyalinan logo dan/atau logo pihak ketiga yang dilalui
menggunakan laman web ini tidak dibenarkan jika tanpa kelulusan
awal dari tuanpunya hak cipta terpelihara yang tertentu.
Rangkai Hiper kepada kami di VFS
Anda tidak perlu meminta kebenaran untuk merangkai terus ke mukasurat
yang dipaparkan di laman web ini. Bagaimanapun, kami tidak membenarkan
anda memuatturun mukasurat tersebut sebagai frame kedalam laman
web anda. Mukasurat dari laman web ini mesti dimuatturun terus kepada
keseluruhan skrin pengguna.
Rangkai Hiper dari kami di VFS
Kami tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan atau kesahihan
laman web yang kami rangkaikan atau sekiranya senarai digunakan
sebagai sokongan. Kami tidak dapat memberi jaminan bahawa semua
rangkaian ini berfungsi pada setiap masa dan kami tidak ada kawalan
terhadap mukasurat yang dirangkaikan.
Perlindungan dari Virus
Kami mengambil langkah terperinci untuk menyemak dan memeriksa
bahan pada setiap tahap pengeluaran. Anda digalakkan untuk menggunakan
program anti-virus setiap kali memuat turun sebarang bahan dari
internet. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang
kehilangan, gangguan atau kerosakkan kepada data atau sistem komputer
anda semasa menggunakan bahan dari laman web ini.
Penafian
Laman web dan bahan yang berkaitan dengan maklumat, barangan dan
perkhidmatan kerajaan (atau kepada maklumat, barangan dan perkhidmatan
dari pihak ketiga) disediakan dalam keadaan 'ketika ini' tanpa sebarang
perwakilan atau sokongan dan tanpa jaminan, samada jelas atau tersirat,
termasuk tapi tidak terhad kepada jaminan kepuasan kualiti, kesesuaian
untuk kegunaan tertentu, tidak menyalahi, kesesuaian, keselamatan
dan ketepatan. Kami tidak menjamin bahawa fungsi yang terkandung
di dalam bahan di laman web ini tidak akan terganggu atau tanpa
kesilapan, bahawa sebarang kecacatan akan dibetulkan atau laman
web atau server yang sediaada bebas dari virus atau berfungsi sepenuhnya,
tepat, kebolehpercayaan bahan. Dalam apa jua keadaan, kami tidak
bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk,
tiada had, tidak langsung atau kesan penggunaan, atau kerosakan,
atau sebarang kehilangan atau kerosakkan termasuk, apa sahaja yang
berpunca dari penggunaan atau kehilangan penggunaan data atau keuntungan
berpunca dari atau berkaitan dengan penggunaan laman web ini.
Am
Terma dan syarat-syarat ini akan dikawal dan ditafsirkan berdasarkan
undang-undang England dan Wales. Sebarang ketidakpuasan berpunca
dari terma dan syarat ini tertakluk kepada bidang kuasa ekslusif
mahkamah England dan Wales.
Sila hantar pertanyaan anda ke www.ukvisas.gov.uk/enquiries
Polisi Persendirian
Pihak Penyedia Perkhidmatan telah memasuki kontrak dengan Pihak
Berkuasa. Pihak Penyedia Perkhidmatan telah memberi Pihak Berkuasa,
segala hak intelektual yang dipunyai oleh Pihak Penyedia Perkhidmatan
dalam apa jua bentuk bahan, yang dihasilkan dan dihantar kepada
Penyedia Perkhidmatan dalam perlaksanaan kontrak, dan telah melepaskan
segala hak moral berkaitan dengan bahan tersebut. Pihak Penyedia
Perkhidmatan telah berjanji tidak akan menghasilkan, menerbitkan
atau membekalkan sebarang bahan kepada orang lain selain daripada
Pihak berkuasa, tanpa kelulusan awal. Bahagian ini menerangkan bagaimana
Penyedia Perkhidmatan dan Pihak Berkuasa menggunakan sebarang maklumat
yang anda beri kepada kami dan digunakan dengan cara di mana kami
boleh menjamin rahsia anda.
Akta Perlindungan Data
Di bawah Akta Perlindungan Data, kami mempunyai tanggungjawab dari
segi undang-undang untuk melindungi semua informasi yang kami ambil
dari anda. Pihak Berkuasa kini memproses data peribadi yang terdapat
dalam borang permohonan elektronik dan data yang berkaitan untuk
tujuan mempromosi dan melindungi kepentingan UK dan warganegara
di luar Negara. Data ini mungkin akan didedahkan kepada Jabatan
Kerajaan UK yang lain dan Pihak Berkuasa Awam dan syarikat yang
membantu semasa memproses dan pengeluaran visa anda. Pihak Penyedia
Perkhidmatan tidak akan mendedahkan atau membenarkan sesiapa melihat
data peribadi yang diberikan oleh Pihak Berkuasa atau yang diterima
oleh
Pihak Penyedia Perkhidmatan semasa perlaksanaan kontrak, melainkan
kepada kakitangan Pihak Penyedia Perkhidmatan atau kepada mereka
yang sah dari segi undang-undang mengenai perlaksanaan kontrak tersebut.
Maklumbalas, komen dan pertanyaan
Sekiranya anda menghantar e-mail atau surat kepada VFS di Kuala
Lumpur untuk mendapat maklumat, kami mungkin perlu menghubungi Jabatan
Kerajaan yang lain untuk mendapatkan maklumat tersebut. Jika soalan
anda mengenai teknikal, kami mungkin perlu menghantar soalan itu
kepada pembekal teknikal. Kami tidak akan mendedahkan sebarang maklumat
peribadi semasa mengurus pertanyaan anda kecuali anda telah memberi
kebenaran untuk kami berbuat begitu. Selepas kami menjawab soalan
anda, kami akan menyimpan rekod mengenai pesanan anda sehingga 6
bulan sebagai rujukan dan tujuan audit, dan dipadamkan selepas tempoh
tersebut.
Cookies
Cookies merupakan data yang dihasilkan apabila anda melayari laman
web dan ia disimpan didalam direktori cookie dalam komputer anda.
Laman web ini tidak menggunakan cookies.
Apa yang berlaku jika saya merangkai ke laman web lain?
Laman web ini mengandungi rangkaian ke laman web lain, keduanya
ke Jabatan Kerajaan dan organisasi lain. Polisi Persendirian ini
hanya untuk laman web ini sahaja, pastikan anda lebih berhati-hati
semasa melayari laman web lain dan baca kenyataan persendirian di
setiap laman web yang mengambil informasi peribadi.
Perubahan pada Polisi Persendirian
Sekiranya ada sebarang perubahan pada Polisi Persendirian ini, kami
akan meletakkan versi yang terkini di mukasurat ini. Sentiasa kembali
ke mukasurat ini untuk memastikan anda mengetahui apa maklumat yang
kami ambil, bagaimana kami menggunakannya dan dibawah keadaan yang
bagaimana, jika ada, kami berkongsi dengan pihak lain.
|