|
Di mana dan bagaimana untuk memohon?
Semua pertanyaan yang berkaitan dengan permohonan UK Visa dan Permit Penduduk
Tetap dikendalikan oleh VFS di:
Suite 19-06
Tingkat 19
Wisma MCA
163, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Mengapa British High Commision membuat pertukaran ini?
VFS bertekad untuk memberikan perkhidmatan sokongan yang cemerlang untuk
permohonan visa kepada British High Commission di Malaysia.
Sejak Jun 2004, kami telah memberi perkhidmatan sokongan kepada operasi visa di
British High Commission di Malaysia. Kesemua rangkaian elektronik untuk
informasi UK Visa telah mendapat kelulusan dari British High Commisison
terlebih dahulu.
Kesemua informasi yang sedia ada juga telah mendapat kelulusan terlebih dahulu
dari British High Commission. Kesemua peningkatan perkhidmatan disusun semula
berdasarkan maklumbalas terus dari pelanggan dengan tujuan untuk meningkatkan
tahap permintaan dan maklumbalas dari pemohon visa. Kami memastikan permohonan
untuk visa ke UK lebih pantas dan mudah dengan memanjangkan waktu operasi 4
kali lebih panjang serta membolehkan pelanggan mengetahui perkembangan
permohonan mereka secara online atau telefon. Kami juga mempunyai Pusat
Permohonan UK Visa di India, Singapura, Bangladesh, Sri Lanka, China, Ghana,
Qatar, Indonesia, Nigeria, Russia dan Thailand. Maklumbalas dari pemohon visa
amat positif.
Di manakah Pusat Permohonan UK Visa (VFS)?
Alamat penuh seperti yang tertulis di atas. Pusat Permohonan UK Visa terletak
berdekatan dengan dua stesen LRT Putra (Ampang Park dan KLCC). Pusat Permohonan
UK Visa juga berada berdekatan dengan British Council yang terletak di Wisma
Selangor Dredging. Sila 'klik' di sini untuk peta
lokasi.
Apakah waktu operasi Pusat ini?
VFS dibuka setiap hari dari hari Isnin hingga Jumaat, melainkan pada
cuti umum British High Commission . Pelanggan boleh membuat
permohonan dari pukul 8:00pagi-3:00petang dan dibuka untuk pengambilan paspot
antara pukul 10:00 pagi- 3:00 petang.
Apakah tugas utama Pusat Permohonan UK Visa (VFS)?
Kakitangan yang terlatih untuk:
-
Memberi tunjuk ajar dan nasihat jika perlu
-
Menerima permohonan untuk semua kategori Visa
-
Menghantar permohonan ke British High Commission
-
Memberitahu pemohon tarikh dan waktu temuduga
-
Memulangkan paspot kepada pelanggan di akhir proses
Apakah faedah yang diberikan kepada pelanggan?
-
Perkhidmatan kaunter peribadi kepada pelanggan Visa
-
Susunan tempat menunggu yang luas serta boleh memuatkan lebih ramai pelanggan
-
Waktu untuk membuat permohonan dan kutipan empat kali lebih panjang
-
Pelanggan boleh membuat permohonan di antara 8:00pagi hingga 3:00petang dan
pengambilan paspot dari pukul 10:00 pagi hingga 3:00 petang.
-
Perkhidmatan Pertanyaan Telefon yang cekap bermula dari pukul 8:00pagi- 3:00
petang, Isnin hingga Jumaat..
-
Kemudahan untuk pelanggan mengetahui
progres
permohonan mereka secara online atau telefon.
-
Kemudahan untuk meletak kenderaan di dalam Wisma MCA dan di hadapan bangunan.
-
Berdekatan dengan Stesen LRT Putra (Ampang Park dan KLCC) dan laluan bas.
-
Mempunyai pelbagai kemudahan awam termasuk bank dan fotokopi serta berdekatan
dengan kedai makanan.
-
Penghantaran permohonan pergi-balik dari High Commission dengan kaurier khas
yang menjamin penghantaran yang selamat untuk paspot dan dokumen peribadi yang
lain.
Kami juga menerima permohonan untuk Permit Penduduk Tetap UK dan beberapa
kategori UK Visa. British High Commission tidak lagi menerima sebarang
permohonan yang dihantar terus kepada mereka.
Apakah jenis permohonan yang perlu dibuat di Pusat Permohonan UK Visa (VFS)?
Pusat ini menerima permohonan untuk Permit Penduduk Tetap UK, dan beberapa
kategori UK Visa. British High Commision tidak lagi menerima sebarang
permohonan yang dihantar terus kepada mereka.
Bagaimana hendak membuat pembayaran untuk Visa?
Bayaran untuk Visa mesti dibayar di Pusat Permohonan UK
Visa draf bank dan pembayaran tunai di Alliance Bank. (Sila
hubungi Pusat Permohonan di talian 03-2164 9323 untuk maklumat lanjut dan
bayaran). Bayaran dikenakan pada setiap permohonan untuk setiap pemohon
termasuk kanak-kanak. Bayaran ini tidak akan dikembalikan. Anda akan diberi
resit rasmi dari British High Commission semasa permohonan visa dibuat.
Apakah dokumen yang perlu saya lampirkan dengan borang permohonan?
Sila layari laman web Pusat Permohonan UK Visa untuk mengetahui
dokumen yang perlu dilampirkan untuk pelbagai jenis Visa dan permit
Penduduk Tetap UK.
Adakah dengan cara begini akan melambatkan proses permohonan Visa?
Tidak, dengan cara begini, proses permohonan visa akan menjadi lebih pantas dan
cekap kerana kini kakitangan British High Commission hanya perlu menumpukan
perhatian untuk menyemak permohonan dan tidak perlu membahagi masa untuk
memberi nasihat dan perkhidmatan logistik. Ini berdasarkan pengalaman kami
setelah memperkenalkan system ini di negara lain.
Berapa lama diperlukan untuk memproses permohonan saya?
Pada peringkat awal pihak British High Commission akan mengambil masa dua hari
untuk memproses permohonan Permit Penduduk Tetap UK atau lima hari untuk
permohonan visa yang lain. Sistem perkhidmatan pemprosesan yang baru akan
mengurangkan masa pemprosesan sehingga tiga kali ganda.
Perlukah saya menghadiri temuduga?
Keputusan masih lagi dibawah kuasa British High Commision. Pemohon akan
dipanggil untuk temuduga sekiranya pihak British High Commision perlu berjumpa
dengan pemohon sebelum memberi keputusan tentang permohonan mereka. Anda akan
diberitahu dalam masa lima hari bekerja (dua hari untuk pemohon Permit Penduduk
Tetap UK) sekiranya kami perlu menemuduga anda.
Bagaimanakah saya tahu bahawa Visa saya telah siap untuk diambil?
Anda boleh menyemak
status permohonan anda melalui laman web kami dengan memasukkan nombor paspot
atau nombor rujukan unik anda. Anda juga boleh menghubungi Pusat Permohonan UK
Visa di talian 03-2164 9323 untuk mengetahui bila anda boleh mengambil Visa
anda.
Bolehkah saya memohon terus dengan British High Commision?
Tidak boleh. British High Commission tidak lagi menerima sebarang permohonan
yang dihantar terus kepada mereka.
Adakah dokumen saya selamat?
Ya. Dokumen anda dihantar di dalam kantung berkunci dengan van oleh kourier
yang berpengalaman. Pergerakan mereka dijejak di setiap tahap proses
permohonan.
Bagaimana jika permohonan Visa saya ditolak?
Sekiranya permohonan Visa anda ditolak, pegawai pelepasan kemasukkan anda
membuat keterangan secara bertulis menjelaskan tentang keputusan tersebut.
Mereka juga akan memberitahu jika anda layak untuk membuat rayuan. Untuk
maklumat lanjut, sila baca
garispanduan untuk rayuan UK Visa.
Apakah tindakan selanjutnya sekiranya saya tidak berpuashati dengan perkhidmatan
yang saya terima dari Pusat perkhidmatan UK Visa?
Sila rujuk Prosuder Aduan.
Bagaimana saya boleh mendapat lebih maklumat?
Untuk maklumat am tentang Visa, sila layari
laman web UK Visa atau telefon 03-21649323.
|